KUNJUNGI KAMI DI:

ALAMAT: Syarikat DiveSea Sdn Bhd,Peti Surat 102,91300 Semporna,Sabah
NO. TEL: 08-5885024
FAKS: 08-5886080
EMAIL: Divesea@ymail.com

LATAR BELAKANG

    Syarikat  DiveSea Sdn Bhd merupakan salah satu pusat latihan menyelam  menawarkan perkhidmatan menyelam (diving) yang terletak di Pulau Mabul Semporna,Sabah . Syarikat ini ditubuhkan pada 30 Ogos 2008  , beralamat di “ Syarikat DiveSea Sdn Bhd,Peti Surat 102,91300 Semporna,Sabah”. Syarikat ini boleh dikatakan baru sahaja ditubuhkan dan ianya hak milik persendirian kepada usahawan muda wanita iaitu Cik Sarina Bt Daeng Ngasseng . Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dan Master Sains Marine . Kakitangan syarikat ini terdiri daripada 3 orang wanita dan 6 orang lelaki . Kesemua kakitangan syarikat ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Marine dan mempunyai kemahiran  menyelam di dasar lautan . Bukan sahaja mahir menyelam di dasar lautan malah mengetahui semua jenis hidupan akuatik di lautan .
            Syarikat  DiveSea juga satu-satunya tempat yang menjual peralatan menyelam yang lengkap seperti  hood, mask,snorkel,harness,regulator first stage,air hose,buoyancy compensator,emergancy regulator,diving glove ,wet suit,boot,foot pocket,rail,fin,blade,depth gauge,information console,weight belt,mouthpiece,purge valve,inflator, and regulator second stage. Syarikat ini telah mendapat keuntungan yang banyak dan  mampu berkembang disebabkan keuntungan yang diperoleh daripada jualan produk peralatan menyelam tersebut .Setelah syarikat mencapai target keuntungan yang telah ditetapkan ,syarikat DiveSea telah berkembang dalam tempoh 2 tahun berikutnya dengan menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan seperti  perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan penginapan dan perkhidmatan latihan diving. Kini syarikat DiveSea telah dikenali semua orang sebagai tempat latihan menyelam yang paling baik dan berkesan .

                                                         Visi Syarikat
  Memastikan Syarikat  DiveSea mencapai target keuntungan yang telah ditetapkan dalam tempoh 2 tahun akan datang

                                      Misi Syarikat
1)Mencapai keuntungan yang optimum.
2)Memuaskan hati pelanggan terhadap setiap perkhidmatan  yang ditawarkan.
3)Mengutamakn permintaan pelanggan .
4)Melahirkan lebih banyak penyelam profesional dari semua golongan tanpa mengira peringkat umur.
5)Menyediakan peralatan yang lengkap untuk semua penyelam . Contohnya ,snokel,mask,fins,wet suit,buoyancy vest, dan weight belt .
6)Menyediakan jurulatih yang mahir dan berdedikasi.
7)Megutamakan kebersihan dan keselamatan setiap kawasan perairan untuk kebaikan para penyelam .
8)Menjadi salah satu pusat menyelam dasar lautan yang terbesar di Malaysia .
9)Menjadi pusat menyelam yang disukai oleh semua masyarakat dan pelancong-pelancong asing.
10)Mengenakan harga yang berpatutan terhadap setiap peralatan dan perkhidmatan menyelam untuk para penyelam.
11)DiveSea bertekad memperkenalkan keindahan dasar laut kepada para pelancong dalam dan luar Negara.


Maksud disebalik Logo

 
1)    Penyelam
  •  Melambangkan identiti syarikat kami iaitu menyediakan perkhidmatan  menyelam di kawasan perairan Pulau Mabul dan kawasan sekitarnya.

2)    Pokok kelapa
  • Melambangkan syarikat kami teguh berdiri dipersada antarabangsa sebagai sebuah syarikat yang cemerlang dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta menunjukkan bahawa syarikat kami menyediakan pakej yang lengkap seperti pokok kelapa yang boleh diguna dari batang hingga ke daunnya.

 3)    Bentuk bulatan
  •   Melambangkan permuafakatan dalam organisasi kami. Selain itu juga, ia melambangkan keakraban antara kami dengan pelanggan kami dan ini menandakan mereka gembira dengan perkihdmatan kami.

4)    Bukit
  •   Melambangkan keutuhan dan kewibawaan kami sebagai sebuah syarikat yang mampu bersaing dalam aktiviti penyelaman di dasar lautan.

5)    Warna hitam
  •   Melambangkan syarikat kami berketerampilan dan berani menghadapi  cabaran

6)    Warna biru
  •   Melambangkan kawasan perairan Pulau  Mabul terpelihara dan belum tercemar sesuai untuk aktiviti penyelaman.

7)    Warna hijau
  •   Melambangakan Pulau Mabul yang penuh dengan kedamaian dan suasana yang tenang.

8)    Warna oren
  •   Melambangkan keindahan waktu senja yang terdapat di Pulau Mabul

9)    Warna coklat
  •   Melambangkan  kekuatan dan kesepaduan dalam pasukan kami.

10) Dive With Us
  •   Slogan untuk menarik lebih ramai pelanggan.