KUNJUNGI KAMI DI:

ALAMAT: Syarikat DiveSea Sdn Bhd,Peti Surat 102,91300 Semporna,Sabah
NO. TEL: 08-5885024
FAKS: 08-5886080
EMAIL: Divesea@ymail.com

PERKHIDMATAN


1.  Perkhidmatan latihan diving

            Syarikat DiveSea turut menawarkan latihan diving kepada individu atau penyelam baru yang ingin menjadi ahli dalam syarikat DiveSea.  Tujuan latihan diving di tawarkan kepada para penyelam agar mereka dapat melihat keindahan dan hidupan di dasar lautan. Hal ini kerana aktiviti  menyelam adalah salah satu aktiviti sukan yang sangat popular pada hari ini khususnya di kalangan orang barat. Sungguhpun aktiviti menyelam ini nampak begitu mudah namun ianya tidak semudah yang di tafsirkan. Menyelam tanpa mengetahui basic menyelam yang betul akan memberi kesan negatif kepada penyelam berkenaan. Oleh sebab itu, syarikat DiveSea menawarkan perkhidmatan latihan diving kepada mereka yang berminat untuk menyelam dan sekaligus menjadi ahli syarikat diving sweet. Perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran mengikut umur dan syarat tertentu. Kepada pelanggan yang telah menjadi ahli akan diberikan harga diskaun yang berpatutan.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini juga mempunyai syarat tertentu. Antara syarat-syaratnya adalah, individu tersebut perlu sihat jasmani dan rohani. Kesihatan fizikal dan mental merupakan hal yang paling penting dan harus diperhatikan sebelum mengikuti latihan diving. Selain itu, iindividu tersebut mestilah berumur 15 ke atas. Sesiapa yang berumur minimum 15 tahun dan memiliki tubuh badan yang sihat dapat mengikuti latihan diving. Malah, untuk peserta yang berusia 15 ke bawah juga boleh mengikuti latihan diving, akan tetapi jenis latihan yang diberikan adalah berbeza. Memiliki kemampuan di air/watermanship juga merupakan salah satu syarat yang dikenakan keoada setiap peserta diving. Banyak anggapan umum yang menyatakan bahawa untuk menjadi seorang penyelam memerlukan kemampuan berenang yang hebat seperti seorang atlet. Sebenarnya tidak. Untuk menjadi seorang penyelam hanya perlu berenang dengan baik dan betul. Kemampuan yang lain adalah kemampuan berenang sejauh 200 meter, berenang dengan jarak 12 meter di bawah air atau menahan nafas dan terapung di permukaan air selama 10 minit tanpa bantuan pernafasan.

2.  Perkhidmatan pengangkutan

Perkhidmatan pengangkutan akan disediakan bagi penyelam yang telah menjadi ahli dalam syarikat DiveSea untuk menjalankan aktiviti diving mereka di lokasi yang telah di tetapkan iaitu di pulau mabul. Segala pakej yang disediakan memberi jaminan kepuasan kepada pelanggan mengikut kehendak dan keperluan mereka. Pakej pengangkutan ini akan menghantar dan mengambil pelanggan yang telah membuat tempahan melalui pihak DiveSea . Pelanggan boleh menyewa feri atau bot melalui syarikat kami dengan membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal. Layanan yang baik akan diberikan sebaik mungkin kepada setiap pelanggan atau ahli Syarikat DiveSea .

3. Perkhidmatan penginapan.

 Pakej lain selain pengangkutan adalah pakej penginapan. Syarikat DiveSea memberi kemudahan kepada penyelam yang ingin bersantai dan mengeksplore hidupan laut iaitu dengan menyediakan penginapan yang selesa dan nyaman. Dimana ianya terletak di pulau mabul berdekatan dengan lokasi diving yang di tujui. Tujuannya adalah memudahkan mereka berulang alik ke laut dan resort. Malah bukan itu sahaja, pakej penginapan yang kami tawarkan termasuklah pakej Beauty Spa. Kepada penyelam yang penat menyelam di dasar lautan bolehlah mengunjungi Beuty Spa yang kami tawarkan. Sekiranya pelanggan berminat dengan semua service / pakej yang di tawarkan oleh Syarikat DiveSea , kami akan memberikan kadar diskaun yang lumayan bagi menghargai khidmat pelanggan kerana menggunakan service yang di tawarkan.